Friday, 1 July 2011

Seni-seni atau cara-cara memikat wanita selaras dengan kehendak Islam

Inilah adalah sambungan post terdahulu iaitu cara-cara untuk memikat wanita. Berikut adalah seni-seni memikat yang selaras dengan kehendak islam.


  • Yakin Dan Bukan Menunjuk-Nunjuk - Memikat dan menarik calon pilihan hati haruslah dengan yakin supaya tidak berasa tertipu. Jika ada unsur kepura-puraan, wanita mungkin akan teraniaya. Hubungan yang ada unsur menipu ini atau cinta monyet biasanya tidak bertahan lama.
  • Pemerhatian - Permerhatian mestilah yang dibenarkan dalam Islam iaitu melalui pemerhatian jauh atau merisik. Gunakan orang tengah yang kita percaya untuk menyelidik latar belakang calon pilihan kita.
  • Pembuktian - Calon yang hendak dipikat telah dipersetujui. Calon juga tahu yang kita sedang memikatnya. Buktikan kesungguhan kita memikatnya.
  • Keikhlasan - Memikat biarlah secara semula jadi. Tidak perlu menggunakan skrip. Persahabatan mestilah kerana Allah. Teguran yang dilakukan oleh pasangan mestilah kerana Allah tanpa ada unsur-unsur cemburu, dengki dan bernafsu.
  • Penambahbaikan - Perhubungan tidak semestinya memerlukan jangka masa yang panjang. Pada waktu ini, syaitan akan menggoda supaya kita menyimpang. Oleh itu, ilmu perlulah disisipkan dalan sesuatu perhubungan. 
  • Konsisten ( Istiqamah ) - Terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita serta keluarganya. Setiap pasangan akan di uji dengan pelbagai ujian. Walau apa pun berlaku, perasaan kita terhadap pasangan perlulah konsisten.
  • Elakkan Cinta Monyet - Cinta monyet hanyalah untuk sebentar. Antara ciri cinta monyet ialah bertukar-tukar pasangan dan syok sendiri. Dalam cinta monyet, wanitalah akan teraniaya.

No comments:

Post a Comment