Saturday, 2 July 2011

Pasangan Pilihan Tidak Diterima Keluarga?

 Apabila pasangan pilihan kita tidak diterima keluarga, kita jangan mudah berputus asa. Disini ada beberapa tips yang boleh diikhtiarkan:-

  1. Jangan Serang Tapi Terang - Kita jangan terus menyerang dan panas baran atau menyalahkan keluarga jika tidak menerima pasangan pilihan kita. Ambil masa untuk berterus terang dengan keluarga, pujuk ibu-bapa dengan penuh berhikmah. Pujuk tidak semestinya dengan cakap sahaja. Bantulah sebarang kerja yang boleh meringankan beban ibu-bapa. Mengumpan ibu-bapa dengan duit bukanlah jalan terbaik. Sogokan begitu membuatkan ibu-bapa menjadi serba salah. Sebaliknya tunjukkan sikap yang jujur, yakni berhemah di hadapan mereka. Hati ibu-bapa akan jadi lembut juga akhirnya.
  2. Aturkan Pertemuan - Anjurkan hari keluarga atau perkelahan di mana keluarga pasangan kita dapat hadir untuk mengeratkan silaturrahim dan berkenalan dengan lebih rapat lagi.
  3. Tukar Persekitaran semasa - Bawalah ibu-bapa berbincang di tempat yang baru untuk mendapatkan mood yang baru supaya berada dalam suasana gembira.
  4. Rapatkan Diri Dengan Allah - Bagi orang Islam amalkan solat hajat, istikharah dan membaca al-Quran. Selepas itu berdoalah kepada Allah SWT mohon diberi petunjuk.
  5. Minta Bantuan - Mohon bantuan daripada ahli keluarga atau orang yang dihormati ibu-bapa untuk menyelesaikan masalah kita. InsyaAllah, jika seorang anak itu jujur mahu berkahwin dengan pasangannya lambat laun hati ibu-bapa akan dapat menerimanya. Jika ibu-bapa itu menyayangi anaknya, tidak mahu anaknya terjebak ke lembah maksiat, mereka perlu belajar meneriman kekurangan dan kelebihan calon menantu.
Bukan hanya lelaki sahaja perlu memperkemaskan akhlak diri dan ibadah, malah perempuan juga semestinya melakukan begitu agar kesinambungan penyatuan dua hati keluarga terjalin baik.


Kredit to : Nur Farzana aka Kecik. HUHUHUHU

No comments:

Post a Comment