Lama blog nih tak jalan dah. Sebelum nih buat untuk cari hasil dengan MangaAds tapi hasilnya hampeh jer. So watpe tunggu lagi baik angkat kaki jer.
Setelah mengkaji2 akhirnya aku pilih Adverlets sebagai ads aku kali. Tak tahu lak performance derang ni camne lak. So dari dengar orang cakap toh cakap ini tentang Adverlets lebih baik aku yang sendiri try kan?
Tapi apa yang aku faham Adverlets pun bayar dari segi CPM so walaupun tak banyak tapi nampak gak lah earning jalan. Sebenarnya tulah yang aku nak sangat pun. So page impression blog dikirer tanpa ads di klik.
Kalau boleh korang tolong2 aku klik ads derang ni. So aku boleh tahu bayarannya camne, atau derang pun kencing jer. Nanti dah tau boleh aku share dengan korang dan sama2 kita dapat hasilnya. Tolong Menolong Amalan Yang Mulia
Tuesday, 19 July 2011
Saturday, 2 July 2011
Pasangan Pilihan Tidak Diterima Keluarga?
Apabila pasangan pilihan kita tidak diterima keluarga, kita jangan mudah berputus asa. Disini ada beberapa tips yang boleh diikhtiarkan:-
- Jangan Serang Tapi Terang - Kita jangan terus menyerang dan panas baran atau menyalahkan keluarga jika tidak menerima pasangan pilihan kita. Ambil masa untuk berterus terang dengan keluarga, pujuk ibu-bapa dengan penuh berhikmah. Pujuk tidak semestinya dengan cakap sahaja. Bantulah sebarang kerja yang boleh meringankan beban ibu-bapa. Mengumpan ibu-bapa dengan duit bukanlah jalan terbaik. Sogokan begitu membuatkan ibu-bapa menjadi serba salah. Sebaliknya tunjukkan sikap yang jujur, yakni berhemah di hadapan mereka. Hati ibu-bapa akan jadi lembut juga akhirnya.
- Aturkan Pertemuan - Anjurkan hari keluarga atau perkelahan di mana keluarga pasangan kita dapat hadir untuk mengeratkan silaturrahim dan berkenalan dengan lebih rapat lagi.
- Tukar Persekitaran semasa - Bawalah ibu-bapa berbincang di tempat yang baru untuk mendapatkan mood yang baru supaya berada dalam suasana gembira.
- Rapatkan Diri Dengan Allah - Bagi orang Islam amalkan solat hajat, istikharah dan membaca al-Quran. Selepas itu berdoalah kepada Allah SWT mohon diberi petunjuk.
- Minta Bantuan - Mohon bantuan daripada ahli keluarga atau orang yang dihormati ibu-bapa untuk menyelesaikan masalah kita. InsyaAllah, jika seorang anak itu jujur mahu berkahwin dengan pasangannya lambat laun hati ibu-bapa akan dapat menerimanya. Jika ibu-bapa itu menyayangi anaknya, tidak mahu anaknya terjebak ke lembah maksiat, mereka perlu belajar meneriman kekurangan dan kelebihan calon menantu.
Kredit to :
Friday, 1 July 2011
Seni-seni atau cara-cara memikat wanita selaras dengan kehendak Islam
Inilah adalah sambungan post terdahulu iaitu cara-cara untuk memikat wanita. Berikut adalah seni-seni memikat yang selaras dengan kehendak islam.
- Yakin Dan Bukan Menunjuk-Nunjuk - Memikat dan menarik calon pilihan hati haruslah dengan yakin supaya tidak berasa tertipu. Jika ada unsur kepura-puraan, wanita mungkin akan teraniaya. Hubungan yang ada unsur menipu ini atau cinta monyet biasanya tidak bertahan lama.
- Pemerhatian - Permerhatian mestilah yang dibenarkan dalam Islam iaitu melalui pemerhatian jauh atau merisik. Gunakan orang tengah yang kita percaya untuk menyelidik latar belakang calon pilihan kita.
- Pembuktian - Calon yang hendak dipikat telah dipersetujui. Calon juga tahu yang kita sedang memikatnya. Buktikan kesungguhan kita memikatnya.
- Keikhlasan - Memikat biarlah secara semula jadi. Tidak perlu menggunakan skrip. Persahabatan mestilah kerana Allah. Teguran yang dilakukan oleh pasangan mestilah kerana Allah tanpa ada unsur-unsur cemburu, dengki dan bernafsu.
- Penambahbaikan - Perhubungan tidak semestinya memerlukan jangka masa yang panjang. Pada waktu ini, syaitan akan menggoda supaya kita menyimpang. Oleh itu, ilmu perlulah disisipkan dalan sesuatu perhubungan.
- Konsisten ( Istiqamah ) - Terima kelebihan dan kekurangan pasangan kita serta keluarganya. Setiap pasangan akan di uji dengan pelbagai ujian. Walau apa pun berlaku, perasaan kita terhadap pasangan perlulah konsisten.
- Elakkan Cinta Monyet - Cinta monyet hanyalah untuk sebentar. Antara ciri cinta monyet ialah bertukar-tukar pasangan dan syok sendiri. Dalam cinta monyet, wanitalah akan teraniaya.
Cara-cara untuk memikat wanita menurut Islam
Terdapat 5 cara untuk memikat wanita yang menjadi pilihan hati menurut Islam iaitu :
- Penghayatan Atau Berpandangan
- Senyuman
- Bercakap
- Janji Temu
- Dating
Subscribe to:
Posts (Atom)